IPOH: Tiga wartawan veteran Perak menerima bantuan Tabung Kasih@HAWANA sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023, inisiatif yang bertujuan menyantuni pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan.
Mereka ialah bekas pemberita bebas Ou So Ha @ Ou Kok Meng, 74, pemberita sambilan akhbar Tamil Malar V. Maniam, 76, dan editor portal berita Independent.my, Haron Shafei, 65.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan bantuan berkenaan sempena perasmian HAWANA 2023 di sini hari ini.
Ou yang kini uzur, pernah menulis untuk beberapa akhbar berbahasa Cina seperti China Press dan Nanyang Siang Pau, manakala Maniam yang menghidap Parkinson pernah bekerja dengan Makkal Osai serta Malaysia Nanban.
Sementara itu, Haron yang merupakan bekas wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan akhbar tabloid Bintang Timur, kini penulis bebas di sebuah portal, Independent.my.
Haron ketika ditemui Bernama berkata bantuan menerusi tabung Kasih@HAWANA yang diterima hari ini sedikit sebanyak dapat membantu dirinya yang kini tidak mempunyai pendapatan tetap.
"Ini (bantuan) merupakan satu usaha murni dan perlu diteruskan pada masa akan datang," katanya yang berkecimpung dalam bidang kewartawanan sejak 1978.
Tabung Kasih@HAWANA merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan dilaksanakan menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai usaha berterusan membantu komuniti media yang berdepan kesukaran dan cabaran hidup.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil telah menyampaikan sumbangan kepada bekas wartawan Utusan Melayu (M) Bhd, Muhammad Basir Abu Bakar yang menghidap penyakit jantung dan wartawan veteran, Mohd Sidek Salleh yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menjalani pembedahan akibat kanser usus.
Sumbangan turut diberikan kepada Haslinda Ahmad iaitu balu jurukamera TV3 Perak Allahyarham Rosli Abu Bakar yang meninggal dunia pada 9 Mei lepas akibat komplikasi kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan jantung.
Bantuan disumbangkan oleh KKD, Bank Rakyat Malaysia Berhad, Pusat Pakaian Hari-Hari, Mydin, Aeon Big dan MSM Malaysia Holdings Berhad.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan Tabung Kasih HAWANA kepada bekas Pemberita bebas untuk beberapa akhbar Cina Ou So Ha @ Ou Kok Meng (empat,kiri) pada kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023. - BERNAMA
Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Tujuan Mohd Khairul Ridzuan ialah untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji sepanjang di Tanah Suci.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah dua anggota dituntut keluarga
Jenazah Ahmad Azza dan Muhamad Syafiq dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir.
[TERKINI] Sidang media KDN berhubung serangan balai polis
Ikuti sidang media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pasca serangan balai polis yang berlaku pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
"Penyerang ini bertindak bersendirian atau kita sebut sebagai lone wolf. Driven by motivation yang dia faham, sebab dia tak bercampur dengan orang."
Maklumat awal mendapati pelaku bertindak secara bersendirian
Maklumat awal mendapati bahawa pelaku merupakan warganegara Malaysia berusia 21 tahun dan tidak mempunyai rekod lampau serta melakukan tindakan tersebut secara bersendirian.
#AWANInews
#AWANInews
Henti sebarang spekulasi, beri ruang polis jalankan siasatan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan orang awam supaya menghentikan sebarang spekulasi berhubung kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
AWANI Ringkas: Sektor petrokimia dan penyelesaian tenaga hijau bersih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Tujuh individu dibawa ke mahkamah untuk reman
Tujuh individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.
Tiga wartawan veteran Perak terima bantuan Tabung Kasih@HAWANA
Tiga wartawan veteran Perak menerima bantuan Tabung Kasih@HAWANA sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.